Wednesday, April 25, 2012
Monday, April 23, 2012
Yang terdalam
Sesungguhnya hidup sehari-hari begini, aku bersyukur kerana masih di beri tuhan deria untuk merasa gembira jadi aku bisa senyum. Sama juga dengan deria untuk merasa lucu jadi aku bisa ketawa. Namun begitu aku ini kan manusia biasa, tiada kuasa ajaib seperti yang ada pada doraemon mahupun sailormoon, jadi aku tetap menjalani ranjau seorang manusia normal yang tidak mampu mengelak dari merasa frustasi dan juga sedih.
Sedangkan menonton drama biasa pun mengalir air jernih dari mata ditambah lagi bila dengar lagu-lagu sedih, semuanya akan aku kena-mengenakan dengan jalan cerita hidup sendiri, lepas tu terasa semua lagu tu seakan ditujukan khas untuk diri, walhal bukan aku tak tahu yang lagu-lagu tu juga untuk 15 juta manusia lain yang senasib.
Kadang-kadang aku terfikir kan bagus kalau main Istagram ni dia boleh capture hati aku lepas tu edit lawa-lawa baiki mana yang remuk mana yang kosong, tambah warna untuk part mana yang nampak pudar. Jadi hasilnya aku yang tengok hati sendiri pun akan rasa senang. Tapi.. Hati di-instagramkan? Okay idea ni macam tak logik. Tak pun Facebook atau Twitter boleh berfungsi baca perasaan dan fikiran, jadi aku tak akan ada lagi masalah untuk meluahkan apa yang aku rasa. Situasinya aku selalu taip taip taip, lepas tu tekan backspace, padam padam padam. Sempat istighfar dan ingat balik ini Facebook sepupu sepapat jiran depan belakang semua baca, okay padam. Okay log out terus!
Baring, ambil ear phone, pejam.
Kenapa? Sebab aku jarang mahu bercerita dengan orang. Dan kalau aku cerita dan kongsi sekali pun, kau cuma mampu dengar tapi tak mampu rasa. Sama juga jika aku zahirkan dengan tulisan sekali pun, kau cuma mampu baca tapi tak mampu selam.
Jadi aku banyak simpan.
Dalam-dalam.

Tuesday, April 17, 2012
Keep calm and travel on!
Sebab keadaan kesihatan yang naik turun naik turun, blog ni pun jadi sunyi sekejap. Tapi hari ni dah okay sikit, boleh menghadap screen dengan jelas dan baik sekali. So yeah helloooooo! Minggu minggu yang lepas saya pergi Gold Coast Australia lawat kawan kesayangan saya Mariam yang jaaaaauh di mata tapi dekat di hati. Eleh!
Inilah dia mariam.. kawan karib saya sejak umur 10 tahun lagi.
Terima kasih sebab sudi ambil gambar saya.
Hmm gambar apa dekat atas tu? Okay saya sebenarnya dah mula jatuh cinta dengan FCC Farmasi Kosmetik. Ha apa kena mengena FCC Farmasi dengan cerita saya dekat Gold Coast? Sebab sepanjang berada di sana, jalan sana sini dari awal pagi sampai lewat malam, FCC Farmasi lah teman setia saya. Oleh sebab bila travel masa yang ada sangat singkat maka apa yang saya gunakan sewaktu di sana ialah
1-High Perfomance Liquid Foundation
2- Wet & Dry 2 Way Cake Foundation
3- Powder Pearl Illuminating Powder
4-Kohl Eye Pencil
5-True Color Lipstick
Semuanya ada lima. Great for touch ups or a quick look.
Wet & Dry 2 Way Cake Foundation. Yang ni memang favourite! It gives a natural matte finish to the skin with great coverage, good texture and blended nicely dengan kulit. Paling penting FCC Farmasi adalah produk yang halal. So keraguan nak bawa solat tu memang tak akan ada.
It matches my skin tone and looks so natural and fresh! Cubalah!
Okay sekarang saya dekat Robina Town Centre. Kalau pergi sini kena singgah Max Brenner.
Special place for chocolatiers or chocoholics! Tempat ni macam chocolate paradise, you will see amazing giant bricks of choc bars and chocolate running tubes all around.
Enjoy to the max!
Adorable & tempting!
Nak sikit? tak boleh, sebab saya tamak nak habiskan sendiri.. keh keh

Sedapnya sedapnya..
Hmm tiba-tiba lapar sendiri. Okay tak payah cerita chocolate lagi. Cukup cukup..
Sekarang saya dalam train pula dari Gold Coast nak ke Brisbane. Okay berdiri baca buku tu memang tipu Zzzz..
In love dengan true color lipstick FCC ni. Warna dia kekal tahan and paling best lipstick ni enriched with Vitamin E. Dan oleh kerana lipstick ni adalah semi matte lipstick, so tak akan ada masalah bibir kering lagi lepas ni. Double wow!!
Bila ambil gambar je mesti buat-buat rajin pegang buku
Hello Brisbane! Saya dah sampai!
Okay semua gambar dekat atas ni semua dekat Brisbane city. Biarkan gambar tersebut bercakap untuk dirinya ya. Nanti kalau ada masa saya cerita lagi pasal Gold Coast, banyak lagi nak share tapi masa je yang tak pernah cukup. Sampai ketemu lagi!
Subscribe to:
Posts (Atom)